BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, November 19, 2010

...tazkirah...

Dalam kesamaran hati,dia menyuluhkan cahaya kedamaian.Dalam kekeliruan akal,dia merungkaikan segalanya.Dalam 1001 permasaalahan,dia tunjukkan jalan keluar.Dalam  kejahilan hati,dia berikan hidayah dan dalam ketandusan iman,dia meniupkan kata kata semangat melalui ayat ayat suci Al-quran.Dia lah ALLAH yang Maha Esa,pencipta dan penguasa alam ini.Tiada yang lebih bermakna dalam dunia ini daripada keberkatan,rahmat dan hidayah ALLAH.Alangkah indahnya hidup ini jika disulami dengan ketaqwaan,keimanan,ketulusan hati dan kemurnian akhlak kepada ALLAH SWT.Ramai yang jahil dalam dunia ini.mereka tidak sedar betapa agungnya kekuasaan ALLAH,betapa uniknya alam ciptaanNYA dan betapa murninya cintaNYA kepada hamba hambaNYA.Ramai juga yang mengeluh apabila menerima dugaan walau sekecil zarah sekalipun cubaan itu.Cubaan mengajar seseorang itu erti kesabaran dan keikhlasan dalam menempuh liku liku kehidupan.Cubaan diberikan kepada orang yang beriaman kepadaNYA.Sedarkah mereka hikmah disebalik semua dugaan ini.Jawapannya ialah ALLAH ingin meningkatkan darjat mereka disisiNYA selain membimbing mereka ke syurga.Jadi apa gunanya kita merintih dan mengalirkan air mata jikalau ALLAH menjanjikan sesuatu yang pasti di akhirat.ALLAH tidak akan mengubah nasib seseorang itu selain dia mengubahnya dengan sendiri.Ingatlah ALLAH sentiasa di samping kita.Pohonlah bantuan daripadaNYA kerana ALLAH akan membantu umatNYA yang mendekati dirinya kepada ALLAH.Hidup dan mati kita semata mata kerana lilahi taala.

0 comments: